Friday, October 10, 2008

Jom Layan: Filem Ayat-Ayat Cinta


Semalam aku layan citer Ayat-Ayat Cinta.

Memang best...tak dinafikan. Dah lama aku tak tengok cerita indo yang best cam ni selepas cerita Ada Apa Dengan Cinta.


Sipnosis:


Mengisahkan seorang pemuda Islam yang begitu taat pada perintah Allah bernama Fahri. Dia merupakan salah seorang pelajar di Universiti Al-Azhar. Kebaikannya mengagumi 4 orang wanita di sekelilingnya.


Nurul: Pelajar Universiti Al-Azhar

Noura: Gadis malang yang diselamatkan oleh Fahri

Maria: Jiran Fahri beragama Kristian tetapi sgt meminati Islam

Aisha: Anak org kaya keluarga German-Arab-yang dicintai Fahri


Konflik cerita ini bermula selepas Fahri bernikah dengan Aisah. Nurul,Noura dan Maria begitu kecewa. Noura telah dirogol oleh ayah angkatnya dan telah menfitnah Fahri.

Saksikan cerita selanjutnya bagaimana Aisha berusaha membebaskan suaminya Fahri dari tuduhan tersebut dan apa pula yang terjadi pada Nurul dan Maria.


Bintang: 5

Wednesday, September 3, 2008

Jom Cuti: Edisi Tempat Peranginan- Teluk Batik




Hujung minggu lepas.. aku bawa family aku pegi jalan-jalan kat Teluk Batik. Dari rumah aku perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit. So far sekarang Teluk Batik dah semakin cantik lanskapnya. Cuma yang tak berapa cantiknya, aksi-aksi si rempit la kat situ..



Kali ni kami tak bermandi manda kat sana, sebabnya askar yang aku bawa ramai sikit…termasuk anak sedara aku 3 orang….pegawai nak menjaga sorang saja…so susah la sikit….kan keselamatan mesti diutamakan.



Walaubagaimana pun aku bagi la kebenaran kat diorang ni nak merasa air laut…bukan dengan lidah la….setakat basuh kaki ngan tangan la…..



Lebih kurang sejam jugak aku ngan family kat sini. Lepas tu kami pun pulang la. Buat anda semua hayatilah pemandangan-pemandangan menarik di sekitar Teluk Batik. Bab penginapan usah dirisau…banyak terdapat di situ….datang dan enjoy je la…tapi jangan lupa bawa duit nak belanja dah la…hehehehehe



Tarikh: 24.08.08
Tempat: Teluk Batik, Perak


Gambar tak dpt update...masalah teknikal

Sunday, August 17, 2008

Jom Sihat: Futsal Inter TSD 2008

Rabu minggu lepas bebudak ofis aku telah mengadakan satu pertandingan futsal yg dikelolakan oleh Design Outdoor Club….kelab ofis aku la tu..bertempat di padang futsal manjung atucara pertandigan dijalankan….aku ni merupakan salah seorg ajk yg bertugas…dan jugak pemain utk section aku.

Ramai yang datang termasuk bos-bos besar tempat aku….pasukan dibahagikan mengikut section keja masing-masing:
1) Hull
2) Mechanical

3) Electrical/Electronic/Weapon

4) Management

5) ILS




Pasukan Aku ni...Hull

Aksi-aksi jagoan


Pertandingan dijalankan dalam bentuk liga. Disamping itu ada acara saringan….sepakan penalti utk kaum hawa…..hebat juga la diorg ni…hehehe…Lihat la aksi-aksi mereka ni

sepak jgn tak sepak

Malu-malu lak..

cam ni la

Juara edisi kali ini adalah ILS…..hehehe…ala ada pemain import….team aku kalah jaringan jer…..hehehehe

Apa-apapun motif sebenar kejohanan ni tercapai…iaitu bersuka ria menghilangkan penat lelah keja ofis dan mengeratkan silaturrahim antara staff dan pihak management…tahniah buat semua….

Acara tambahan pada mlm tu adalah sambutan hari lahir salah sorang staff kami…aku pun tak tau sebenarnya…dah nak balik baru diorang kasitau….namanya Syuhada….hehehehe Happy Birthday la utk kau …moga panjang umur…..


Birthday's Girl


Sebelum pulang kami lepak kedai mamak la plak….layan badminton sukan olimpik…tapi Malaysia kalah la…sadisnye….

Ok sekian jer la kot…jumpa lagi

Tarikh: 13.08.08

Tempat: Padang Futsal Sebelah Uncle Zam

Jam: 8.00mlm-10.00mm

Monday, August 4, 2008

Jom Cuti: Edisi Balik Kampung

Hujung minggu lepas aku dan famili pulang ke kampong…kg wife aku dan kg aku..
Kannyer aper…anak aku tu tingat sangat kat wan dan toknya…

Lepas kerja half day la…aku terus shoot balik…perjalanan lebih kurang 3 jam lebih..sampai la aku kat tempat yg diberi nama Kota Kuala Muda…Pas aje pos anak aku kat wan dan tok nya…aku ngn wife aku shoot ke Pekan Sg Petani…cari kain nak buat baju raya.


Mercu Tanda Sg Petani

Sungai Petani ni org kata ibu negeri nmbor 2 Kedah. Tak dinafikan memang dah banyak membangun pun dan dah makin cantik lanskapnya….Mercu tanda Sungai Petani adalah jam besar di tengah-tengah bandarnya.


Balai Polis Sg Petani


Esoknya aku ngan family pulang ke Alor Star plak…umah mak aku la tu…Sempat la juga aku merayau kat Bandarara Alor Star tu….ada juga perubahan yang dapat aku lihat..


Mercu Tanda Alor Star

Apa-apa tujuan sebenar aku balik kampong kali ini ada untuk melepaskan rindu anak aku pada wan dan toknya…memang happy betul aku lihat dia. Kat umah mak mertua aku…dia langsung tak pedulikan aku dan wife aku….yang dia tahu,…berpaut pada wan dia aja… sampai nak mandi ngan solat pun susah wan dia tu….kat umah aku lak…asyik nak main dengan sepupu dia ajer…mana budak tu pegi…semua nak ikut….sampai tidur pun tak nak.

Isnin petang barulah kami semua bertolak pulang ke Manjung kembali…Insyaallah Hujung bulan 8 nanti aku akan kembali ke negeri kelahiran ku…Kedah amnya….


Tarikh: 2-4.08.2008

Tempat: Kedah

Thursday, July 24, 2008

Jejak Kengkawan

Tanggal 24.07.08

mencatat sejarah terkini, di mana pada tarikh tersebut aku (BNSY), Tuker (BNSY), Budil dan Ayam (Jab. Perikanan), Latif (BV Class) dan Wak (HL) bertemu semula dengan salah seorang housemate masa belajar dulu yang telah lama menghilangkan diri. Namanya Pyor (Tosco), Bertempat di sebuah mapley di pekan Lumut, kami semua berkumpul.


Pyor dan Budil

Setelah mendapatkan pengesahan semua org untuk hadir, lebih kurang pukul 9.45 mlm aku ngan Tuker, bertolak dari rumah ke Pekan Lumut. Kami singgah di tempat penginapan geng-geng Jabatan Perikanan…kana pa…nak pick up budil la…… rupanya Ayam (nama panggilan)….pun ada kat situ…dia satu jabatan ngan budil.

Wak tiba lebih awal dari kami….kemudian Latif, dan seterusnya Pyor. Banyak cerita dikongsikan bersama. Gelak ketawa tak henti-henti….pipi aku ni sampai naik lenguh dibuatnya….cerita pasal company Pyor….banyak la citer pasal Pyor yg berjaya dikorek.


Budil dan Wak

Tak lupa jugak….sejarah dan kenangan-kenangan lama….leh dikatakan tak banyak berubah sgt la masing-masing…still macam dulu….

Dengan kata mamat si parang tumbul…kini kat Dubai….Jong lak dah balik lepak Terengganu…Mamee…kat Johor..dah bertukar company…Pekjan pun sama dah join Budil…Usop kat Terengganu gak….Bond kat KL….


Latif

Best sungguh…..sampai kul 1.00 lebih baru kami bersurai….almaklum lama tak jumpa…..time tu jugak kami terserempak ngan Abg Lan…staf UTM yang jaga makmal Marin…..memang tak disangka tul la….


Tuker

Apa-apapun suasana semalam memang meriah sungguh…..semoga dilainkali hendaknya dapatlah kami semua berkumpul kembali….Amin…


Bertempat: Nasi Kandar, Lumut (depan CIMB)

Jam: 10.00 mlm

Agenda: Jejak Kengkawan


Wednesday, July 23, 2008

Raja Buah



Raja Buah

...itulah panggilannya….keenakan dan kelazatannya tidak dapat dinafikan.....Bertempat di Kg Gajah dekat-dekat Komplek Pasir Salak, satu aktiviti makan raja buah tersebut telah dijalankan oleh geng keta Honda Manjung. Lebih kurang 12 orang penggemar buah ini telah menyertai aktiviti yg meriah ini…dan aku adalah salah seorang dari penggemar.

Berkumpul lebih kurang pukul 9.30 pg…tapi pukul 10 lebih baru bertolak dari Manjung…janji melayu katakana……hehehehe. Sampai di komplek Pasir Salak 45 minit kemudian. Dengan berbekalkan 4x4 mitshubisi member aku…kami bertolak masuk ke kawasan kebun tersebut…10 minit kemudian tibalah kami ditempat yg dijanjikan.


Parang sudah diasah, pisau sudah ditajamkan..expedisi menjejak biah durian terus dilaksanakan….semak samun diredah…raja buah diterjah….hehehe…hasilnya usah dibicarakan lagi…..tersangat la banyaknya…


Senjata tersedia digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti makan raja buah ni…bermacam gelagat disajikan buat tontonan semua…sampai berdarah-darah pun ada..penangan duri raja buah ni…Aku?...aku nonton aja…kan apa…bagi pada yang pakar jer…

Kucing tidur la….kucing beranak la….macam-macam gelaran diberikan pada ulas-ulas raja buah ni…tapi yang penting keenakkannya…memang tak dinafikan…..


Selain raja buah tersebut kami juga disajikan dengan buah yang banyak rambut…buah rambutan la tu….hehehe….memang menyelerakan…. Boleh dikatakan hindangan tengahari kami durian dan rambutan la…..sampai kenyang dibuatnya…

Lebih kurang pukul 2.00 petang kami semua bertolak keluar dari dusun sambil dibekalkan ole-ole untuk orang di rumah. Dalam perjalanan pulang kami singgah sekejap pekena air nira lak….sedap…kata diorang la…aku tak layan…..aku minum air lain jer…

Apa-apapun aktiviti ini memang meriah…dan dijangka akan dijadikan acara tahunan kami…hehehehehe….moh la kita pekena durian weeee………!!!!!!!


Tarikh: 20.07.2008

Tempat: Manjung

Geng: Malaysia Honda Civic Club (MHCC)

Tuesday, July 22, 2008

Drama Kita: Sindarela


Mula-mula…aku tak layan sangat citer ni…alih-alih best lak…dari segi gambarnya…suntingan…ada kelainan sikit….tgk saja montage masa awal citer ni la…menarik sangat. Jalan citernya pun menarik ….tp tak dinafikan ada jugak yg tak logik…mungkin pada pandangan aku la….leh pakai seluar pendek g kolej la….tp mungkin dengan keterbukaan sekarang benda tu dah biasa…

Setiap Selasa
Jam: 9.00 mlm
Di TV3

Secara ringkasnya…citer ni menceritakan kisah cinta seorang puteri (zoela), putera raja (Husein), Tengku Haidar (Adik Husein) dan kawasan sewaktu dengannya….korang layan la sendiri…aku pun tak sure nak ringkaskan camna lagi…hehehe…maaf


Pelakon-Pelakon Utama





















Sharifah Amani (Zoela)






















Bront Palarae (Tengku Husein)




















Remy Ishak (Tengku Haidar)




















Norkhiriah (Naema)





















Isma Yusof (Butang)




















Eira Syazira (Tushee)




















Wan Sharmila (Tasha)