Thursday, July 24, 2008

Jejak Kengkawan

Tanggal 24.07.08

mencatat sejarah terkini, di mana pada tarikh tersebut aku (BNSY), Tuker (BNSY), Budil dan Ayam (Jab. Perikanan), Latif (BV Class) dan Wak (HL) bertemu semula dengan salah seorang housemate masa belajar dulu yang telah lama menghilangkan diri. Namanya Pyor (Tosco), Bertempat di sebuah mapley di pekan Lumut, kami semua berkumpul.


Pyor dan Budil

Setelah mendapatkan pengesahan semua org untuk hadir, lebih kurang pukul 9.45 mlm aku ngan Tuker, bertolak dari rumah ke Pekan Lumut. Kami singgah di tempat penginapan geng-geng Jabatan Perikanan…kana pa…nak pick up budil la…… rupanya Ayam (nama panggilan)….pun ada kat situ…dia satu jabatan ngan budil.

Wak tiba lebih awal dari kami….kemudian Latif, dan seterusnya Pyor. Banyak cerita dikongsikan bersama. Gelak ketawa tak henti-henti….pipi aku ni sampai naik lenguh dibuatnya….cerita pasal company Pyor….banyak la citer pasal Pyor yg berjaya dikorek.


Budil dan Wak

Tak lupa jugak….sejarah dan kenangan-kenangan lama….leh dikatakan tak banyak berubah sgt la masing-masing…still macam dulu….

Dengan kata mamat si parang tumbul…kini kat Dubai….Jong lak dah balik lepak Terengganu…Mamee…kat Johor..dah bertukar company…Pekjan pun sama dah join Budil…Usop kat Terengganu gak….Bond kat KL….


Latif

Best sungguh…..sampai kul 1.00 lebih baru kami bersurai….almaklum lama tak jumpa…..time tu jugak kami terserempak ngan Abg Lan…staf UTM yang jaga makmal Marin…..memang tak disangka tul la….


Tuker

Apa-apapun suasana semalam memang meriah sungguh…..semoga dilainkali hendaknya dapatlah kami semua berkumpul kembali….Amin…


Bertempat: Nasi Kandar, Lumut (depan CIMB)

Jam: 10.00 mlm

Agenda: Jejak Kengkawan


Wednesday, July 23, 2008

Raja Buah



Raja Buah

...itulah panggilannya….keenakan dan kelazatannya tidak dapat dinafikan.....Bertempat di Kg Gajah dekat-dekat Komplek Pasir Salak, satu aktiviti makan raja buah tersebut telah dijalankan oleh geng keta Honda Manjung. Lebih kurang 12 orang penggemar buah ini telah menyertai aktiviti yg meriah ini…dan aku adalah salah seorang dari penggemar.

Berkumpul lebih kurang pukul 9.30 pg…tapi pukul 10 lebih baru bertolak dari Manjung…janji melayu katakana……hehehehe. Sampai di komplek Pasir Salak 45 minit kemudian. Dengan berbekalkan 4x4 mitshubisi member aku…kami bertolak masuk ke kawasan kebun tersebut…10 minit kemudian tibalah kami ditempat yg dijanjikan.


Parang sudah diasah, pisau sudah ditajamkan..expedisi menjejak biah durian terus dilaksanakan….semak samun diredah…raja buah diterjah….hehehe…hasilnya usah dibicarakan lagi…..tersangat la banyaknya…


Senjata tersedia digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti makan raja buah ni…bermacam gelagat disajikan buat tontonan semua…sampai berdarah-darah pun ada..penangan duri raja buah ni…Aku?...aku nonton aja…kan apa…bagi pada yang pakar jer…

Kucing tidur la….kucing beranak la….macam-macam gelaran diberikan pada ulas-ulas raja buah ni…tapi yang penting keenakkannya…memang tak dinafikan…..


Selain raja buah tersebut kami juga disajikan dengan buah yang banyak rambut…buah rambutan la tu….hehehe….memang menyelerakan…. Boleh dikatakan hindangan tengahari kami durian dan rambutan la…..sampai kenyang dibuatnya…

Lebih kurang pukul 2.00 petang kami semua bertolak keluar dari dusun sambil dibekalkan ole-ole untuk orang di rumah. Dalam perjalanan pulang kami singgah sekejap pekena air nira lak….sedap…kata diorang la…aku tak layan…..aku minum air lain jer…

Apa-apapun aktiviti ini memang meriah…dan dijangka akan dijadikan acara tahunan kami…hehehehehe….moh la kita pekena durian weeee………!!!!!!!


Tarikh: 20.07.2008

Tempat: Manjung

Geng: Malaysia Honda Civic Club (MHCC)

Tuesday, July 22, 2008

Drama Kita: Sindarela


Mula-mula…aku tak layan sangat citer ni…alih-alih best lak…dari segi gambarnya…suntingan…ada kelainan sikit….tgk saja montage masa awal citer ni la…menarik sangat. Jalan citernya pun menarik ….tp tak dinafikan ada jugak yg tak logik…mungkin pada pandangan aku la….leh pakai seluar pendek g kolej la….tp mungkin dengan keterbukaan sekarang benda tu dah biasa…

Setiap Selasa
Jam: 9.00 mlm
Di TV3

Secara ringkasnya…citer ni menceritakan kisah cinta seorang puteri (zoela), putera raja (Husein), Tengku Haidar (Adik Husein) dan kawasan sewaktu dengannya….korang layan la sendiri…aku pun tak sure nak ringkaskan camna lagi…hehehe…maaf


Pelakon-Pelakon Utama





















Sharifah Amani (Zoela)






















Bront Palarae (Tengku Husein)




















Remy Ishak (Tengku Haidar)




















Norkhiriah (Naema)





















Isma Yusof (Butang)




















Eira Syazira (Tushee)




















Wan Sharmila (Tasha)