Wednesday, July 23, 2008

Raja Buah



Raja Buah

...itulah panggilannya….keenakan dan kelazatannya tidak dapat dinafikan.....Bertempat di Kg Gajah dekat-dekat Komplek Pasir Salak, satu aktiviti makan raja buah tersebut telah dijalankan oleh geng keta Honda Manjung. Lebih kurang 12 orang penggemar buah ini telah menyertai aktiviti yg meriah ini…dan aku adalah salah seorang dari penggemar.

Berkumpul lebih kurang pukul 9.30 pg…tapi pukul 10 lebih baru bertolak dari Manjung…janji melayu katakana……hehehehe. Sampai di komplek Pasir Salak 45 minit kemudian. Dengan berbekalkan 4x4 mitshubisi member aku…kami bertolak masuk ke kawasan kebun tersebut…10 minit kemudian tibalah kami ditempat yg dijanjikan.


Parang sudah diasah, pisau sudah ditajamkan..expedisi menjejak biah durian terus dilaksanakan….semak samun diredah…raja buah diterjah….hehehe…hasilnya usah dibicarakan lagi…..tersangat la banyaknya…


Senjata tersedia digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti makan raja buah ni…bermacam gelagat disajikan buat tontonan semua…sampai berdarah-darah pun ada..penangan duri raja buah ni…Aku?...aku nonton aja…kan apa…bagi pada yang pakar jer…

Kucing tidur la….kucing beranak la….macam-macam gelaran diberikan pada ulas-ulas raja buah ni…tapi yang penting keenakkannya…memang tak dinafikan…..


Selain raja buah tersebut kami juga disajikan dengan buah yang banyak rambut…buah rambutan la tu….hehehe….memang menyelerakan…. Boleh dikatakan hindangan tengahari kami durian dan rambutan la…..sampai kenyang dibuatnya…

Lebih kurang pukul 2.00 petang kami semua bertolak keluar dari dusun sambil dibekalkan ole-ole untuk orang di rumah. Dalam perjalanan pulang kami singgah sekejap pekena air nira lak….sedap…kata diorang la…aku tak layan…..aku minum air lain jer…

Apa-apapun aktiviti ini memang meriah…dan dijangka akan dijadikan acara tahunan kami…hehehehehe….moh la kita pekena durian weeee………!!!!!!!


Tarikh: 20.07.2008

Tempat: Manjung

Geng: Malaysia Honda Civic Club (MHCC)

No comments: