Sunday, August 17, 2008

Jom Sihat: Futsal Inter TSD 2008

Rabu minggu lepas bebudak ofis aku telah mengadakan satu pertandingan futsal yg dikelolakan oleh Design Outdoor Club….kelab ofis aku la tu..bertempat di padang futsal manjung atucara pertandigan dijalankan….aku ni merupakan salah seorg ajk yg bertugas…dan jugak pemain utk section aku.

Ramai yang datang termasuk bos-bos besar tempat aku….pasukan dibahagikan mengikut section keja masing-masing:
1) Hull
2) Mechanical

3) Electrical/Electronic/Weapon

4) Management

5) ILS




Pasukan Aku ni...Hull

Aksi-aksi jagoan


Pertandingan dijalankan dalam bentuk liga. Disamping itu ada acara saringan….sepakan penalti utk kaum hawa…..hebat juga la diorg ni…hehehe…Lihat la aksi-aksi mereka ni

sepak jgn tak sepak

Malu-malu lak..

cam ni la

Juara edisi kali ini adalah ILS…..hehehe…ala ada pemain import….team aku kalah jaringan jer…..hehehehe

Apa-apapun motif sebenar kejohanan ni tercapai…iaitu bersuka ria menghilangkan penat lelah keja ofis dan mengeratkan silaturrahim antara staff dan pihak management…tahniah buat semua….

Acara tambahan pada mlm tu adalah sambutan hari lahir salah sorang staff kami…aku pun tak tau sebenarnya…dah nak balik baru diorang kasitau….namanya Syuhada….hehehehe Happy Birthday la utk kau …moga panjang umur…..


Birthday's Girl


Sebelum pulang kami lepak kedai mamak la plak….layan badminton sukan olimpik…tapi Malaysia kalah la…sadisnye….

Ok sekian jer la kot…jumpa lagi

Tarikh: 13.08.08

Tempat: Padang Futsal Sebelah Uncle Zam

Jam: 8.00mlm-10.00mm

Monday, August 4, 2008

Jom Cuti: Edisi Balik Kampung

Hujung minggu lepas aku dan famili pulang ke kampong…kg wife aku dan kg aku..
Kannyer aper…anak aku tu tingat sangat kat wan dan toknya…

Lepas kerja half day la…aku terus shoot balik…perjalanan lebih kurang 3 jam lebih..sampai la aku kat tempat yg diberi nama Kota Kuala Muda…Pas aje pos anak aku kat wan dan tok nya…aku ngn wife aku shoot ke Pekan Sg Petani…cari kain nak buat baju raya.


Mercu Tanda Sg Petani

Sungai Petani ni org kata ibu negeri nmbor 2 Kedah. Tak dinafikan memang dah banyak membangun pun dan dah makin cantik lanskapnya….Mercu tanda Sungai Petani adalah jam besar di tengah-tengah bandarnya.


Balai Polis Sg Petani


Esoknya aku ngan family pulang ke Alor Star plak…umah mak aku la tu…Sempat la juga aku merayau kat Bandarara Alor Star tu….ada juga perubahan yang dapat aku lihat..


Mercu Tanda Alor Star

Apa-apa tujuan sebenar aku balik kampong kali ini ada untuk melepaskan rindu anak aku pada wan dan toknya…memang happy betul aku lihat dia. Kat umah mak mertua aku…dia langsung tak pedulikan aku dan wife aku….yang dia tahu,…berpaut pada wan dia aja… sampai nak mandi ngan solat pun susah wan dia tu….kat umah aku lak…asyik nak main dengan sepupu dia ajer…mana budak tu pegi…semua nak ikut….sampai tidur pun tak nak.

Isnin petang barulah kami semua bertolak pulang ke Manjung kembali…Insyaallah Hujung bulan 8 nanti aku akan kembali ke negeri kelahiran ku…Kedah amnya….


Tarikh: 2-4.08.2008

Tempat: Kedah