Monday, August 4, 2008

Jom Cuti: Edisi Balik Kampung

Hujung minggu lepas aku dan famili pulang ke kampong…kg wife aku dan kg aku..
Kannyer aper…anak aku tu tingat sangat kat wan dan toknya…

Lepas kerja half day la…aku terus shoot balik…perjalanan lebih kurang 3 jam lebih..sampai la aku kat tempat yg diberi nama Kota Kuala Muda…Pas aje pos anak aku kat wan dan tok nya…aku ngn wife aku shoot ke Pekan Sg Petani…cari kain nak buat baju raya.


Mercu Tanda Sg Petani

Sungai Petani ni org kata ibu negeri nmbor 2 Kedah. Tak dinafikan memang dah banyak membangun pun dan dah makin cantik lanskapnya….Mercu tanda Sungai Petani adalah jam besar di tengah-tengah bandarnya.


Balai Polis Sg Petani


Esoknya aku ngan family pulang ke Alor Star plak…umah mak aku la tu…Sempat la juga aku merayau kat Bandarara Alor Star tu….ada juga perubahan yang dapat aku lihat..


Mercu Tanda Alor Star

Apa-apa tujuan sebenar aku balik kampong kali ini ada untuk melepaskan rindu anak aku pada wan dan toknya…memang happy betul aku lihat dia. Kat umah mak mertua aku…dia langsung tak pedulikan aku dan wife aku….yang dia tahu,…berpaut pada wan dia aja… sampai nak mandi ngan solat pun susah wan dia tu….kat umah aku lak…asyik nak main dengan sepupu dia ajer…mana budak tu pegi…semua nak ikut….sampai tidur pun tak nak.

Isnin petang barulah kami semua bertolak pulang ke Manjung kembali…Insyaallah Hujung bulan 8 nanti aku akan kembali ke negeri kelahiran ku…Kedah amnya….


Tarikh: 2-4.08.2008

Tempat: Kedah

No comments: